soal jawab no.2

azriel ask:-
assalammualaikum,
terima kasih kerana memberi jawapan yang dicari cari saya selama ini.
untuk pengetahuan saudara saya mampu menaikkan bulu roma saya sendiri. ianya hasil kajian saya sendiri kerana saya kesian kepada umat islam yang terlalu taksub kepada bomoh dan tukang tilik dengan alasan “mencari ikhtiar”. tapi saya yang masih terlalu muda dan masih belajar ini tidak mungkin orang yang lebih veteran dari saya akan dengar cakap orang muda.
berbalik kepada bulu roma, memang benar ianya untuk pelingdung diri jadi buat apa kita nak menggunakan tangkal dan sebagainya kerana ianya syirik. untuk pengetahuan saudara pada mula mula saya mendapat ilmu ini banyak dugaan yang saya harungi, saya bekerja sebagai pemandu lori jadi terpaksa tidur dimerata rata tempat. sudah banyak kali saya kena tindih semasa tidur dan setiap kali kena tindih saya akan baca ayat kursi, mungkin kerana kadang2 badan tidak suci dari segi kebersihan jadi kadang2 susah juga nak melawan balik sehingga suatu hari saya mendapat idea ini dari pengetahuan saya tentang jin dan mengetahui unsur yang ada pada jin, jadi saya cuba buat ‘experiment’ keatas diri saya dan allhamdulillah ianya menjadi.
Dengan bantuan ilahi saya sedikit sebanyak telah mengetahui kelemahan jin.
saya berharap saudara buat kajian sedikit sebanyak tengtang meremang bulu roma kerana ianya mengandungi aura dan cas EMP dengan mecampurkan dengan wirid dan ayat al-quran. Kerana jin mengandungi cas EMP negative dan kita ada kedua duanya.
saya berharap sangat ilmu ini diperluaskan dan kajian menyeluruh dibuat.
ianya bukan untuk saya tapi untuk semua umat islam.
terima kasih.
En. Ahmad Ridzuan says.
Alhmdulillah.. kajian terperinci mengenai ilmu bio-energy manusia telah lama dan meluas dan telah banyak kajian klinikal telah dibuat.. Dalam ilmu sains aura metafizik, ruang lingkup perbincangan, kajian dan pengamalan ilmu ini tidaklah memfokuskan terhadap ‘meremangnya bulu roma’ , kerana bulu roma meremang adalah hanya implikasi dari kesan tindakbalas aura tubuh terhadap energi sekeliling tubuh. seperti yang saya terangkan, bulu roma meremang adalah kerana ia mengesan energi yang berada disekeliling tubuh (terutama energi jin). Bukan boleh dinaikkan dengan kehendak diri sendiri. Kerana jika diri sendiri yang menaikkannya, maka hilanglah peranannya sebagai pengesan tenaga (terutama tenaga jin).
Seperti yang telah saya terangkan, bulu roma tidak bertindak sebagai perisai atau pelindung terhadap tubuh, keranan bulu roma adalah sekadar antena tubuh yang bertindak sebagai pengesan tenaga dan penyerap tenaga yang dipancarkan matahari dan terus dialirkan ke sistem bio-energi tubuh (meridian, kundalini dan chakra). Bukan sebagai pelindung atau perisai tubuh. Pelindung dan perisai sebenar tubuh yang bersifat metafizik adalah aura (getaran gelombang elektromegnetik) yang berada disekeliling tubuh.
Wallahu a’lam…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...