samsung galaxy 7 plus

kalau sekali tengok mesti macam samsung galaxy tab 7 inci, tablet ini memang 7 inci yang berbeza dari si abang adalah dia menggunakan android honeycomb 3.2 memang best la. kalau nak tau dia mempunyai prosesor 1.2, grafik memang best.. kalau nak tau kena try dulu la....

ice cream sandwich

baru baru saya ada nampak dalam akhbar tentang perisian telepon pintar keluaran android yang baru diberi nama ice cream sandwich.. adakah ianya sesedap ice cream sandwich.. jadi saya pun menelaah lah internet.. versi keluaran tu baru dilancarkan dan akan sampai ke malaysia mungkin lambat sikit sebab masalah tertentu.. tak sabar menanti jadi cari di internet dan selepas puas menelaah dan tengok kat youtube baru paham... tak dapat nak bagitau atau gambarkan sebab memang besh giler la katakan... mari kita sama sama nanti kan google android ice cream sandwich...

demam TAB

demam tab telah bermula dengan meluasnya. ramai kengkawan aku dah beli tab, sekali pandang geram juga.
aku nyesal beli wildfire kerana ada banyak kelemahan berbangding kelebihan. tetapi satu satunya kelebihan wildfire tak akan hangging. kalau ada blogger nak beli android phone, aku syorkan beli galaxy tab pasal murah. kalau nak spec yang bagus tangkap htc flyer....

Baru

hai guyz, dah lama tak blogging. ni pun pasal pinjam pc kat office kalau tak, tak online la aku..
aku baru pindah rumah, jadi sibuk la sikit nak buat tu nak buat ni, pendek kata jadual penuh la katakan..
tapi sekarang ni aku tengah tension dengan telekom ni, pasal kawasan perumahan baru dia orang bagi alasan tak pasang line telekom. jadi susah la aku nak online. digi pulak hanya ada line GPRS jer EDGE pun kadang-kadang jer. celcom dan maxis aku tak pakai pun, tapi jiran aku cakap celcom kat kawasan tu slow.
Kan bagus kalau digi ada HSDPA kat kawasan tu. aku prefer digi pasal murah dan pantas.

htc wildfire official malaysia update android 2.2 froyo

kepada pemilik htc wildfire di malaysia yang masih belum menerima update (FOTA) disini saya akan memberi alamat web yang menyediakan update secara manual. Perlu diingatkan supaya anda membuat backup file sebelum membuat update tersebut. link ini saya dapat daripada pengedar sah htc iaitu SIS distribution, tetapi jika anda tidak yakin dengan link yang saya beri ini ataupun tidak ada komputer dirumah anda bolehlah pergi sendiri ke SIS untuk membuat update secara manual. perlu diingatkan bawa bersama anda resit pembelian.
mula mula anda perlu memuatturun aplikasi di alamat web ini http://www.sendspace.com/file/0mkami .
seterusnya sambungkan htc wildfire anda di pc dan buka aplikasi tersebut. ikut apa yang aplikasi itu suruh anda buat (tak banyak tekan o.k dan yes pun). upgrade hanya mengambil masa 7 hingga 10 minit sahaja.
perlu diingatkan link upgrade ini diberi kapada saya oleh SIS cutomer support, jadi warranty tidak akan hilang. Kredit tolong beri kepada SIS cutomer support.

HTC WILDFIRE UPDATE ANDROID 2.2 FROYO.

Baru baru ini htc ada mengumumkan wildfire akan menerima update untuk android 2.2 froyo di Malaysia. Rasanya ramai lagi yang masih belum menerima update lagi. Jangan risau kerana ada alternative lain selain dari update through smartphone. Anda boleh update secara manual melalui downloads. Muat turun ini adalah firmware daripada htc sendiri dan bukannya secara modified seperti yang terdapat di kebanyakkan laman web ataupun forum... Anda hanya perlu call htc centre untuk mendapatkan link tersebut. Untuk pertanyaan anda boleh komen di ruang yang disediakan...
Published with Blogger-droid v1.6.5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...