soal jawab dengan en.ahmad ridzuan

dimikian adalah soal jawab antara saya dan pemilik blog dan pengamal perubatan aura.
untuk pengetahuan saudara en. ahmad ridzuan sememangnya mempunyai pengalaman yang luas.


azriel ask:-
saya nak tanya sedikit.
adakah jin takut kepada aura manusia dan mengapa bulu roma seseorang akan meremang jika terjumpa jin.
adakah manusia boleh menegakkan bulu romanya sendiri?
terima kasih.

En. ahmad Ridzuan
1. Aura adalah salah satu lapisan perisai manusia yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala. Perisai dari segala getaran tenaga negatif luaran dari menyerang tubuh. Getaran negatif itu adalah yang dimaksudkan dengan penyakit fizikal dan emosi termasuklah gangguan syaitan/ jin. Semakin tebal aura seseorang, makin semakin kuat lapisan perisai seseorang. Jin akan rimas dengan ketebalan aura seseorang kerana jin (yang jahat/ merosakkan) adalah suatu unsur negatif bagi tubuh kita. Secara umum jin akan takut dengan ketebalan aura seseorang. Tetapi haruslah diketahui bahawa hanya aura yang terhasil dengan keikhlasan bertaqwa kepada Allah sahaja yang dapat menjadi pendinding yang sangat utuh dari ganggauan, serangan dan hasutan jin dan syaitan. Manakala aura yang terhasil dari sekadar bermeditasi dan ritual selain taqwa yang benar-benar ikhlas kepada Allah, hanya dapat menghalau syaitan / jin yang bertaraf rendah sahaja dan sesekali tidak mampu menjadi benteng yang kuat dari hasutan dan tipu daya jin / syaitan untuk menyesatkan manusia.
2. Bulu roma adalah merupakan antena tubuh dalam mengesan dan menerima energi dari luar tubuh. Sebagaimana yang telah saya terangkan bahawa jin / syaitan adalah suatu unsur gelombang negatif. Maka antena tubuh (bulu roma) akan mengesan getaran gelombang tersebut, akan menyebabkan ianya meremang sebagai amaran bahawa di tempat tersebut terdapat jin.
3. Setakat ini saya tidak pernah lagi saya dengar ada orang yang boleh menegakkan bulu romanya sendiri, kerana bulu roma adalah pengesan kehadiran energi, seperti alarm kereta yang hanya akan berbunyi jika kereta itu diganggu.
wallahu a’lam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...