aura

PENGENALAN AURA

 Aura merupakan lapisan-lapisan halus yang terbentuk di luar objek atau tubuh manusia. Aura adalah medan arus tenaga elektromegnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getaran gelombang tenaga yang bersifat ghaib.


Aura mempunyai tujuh lapisan getaran gelombang tenaga, yang berkait rapat dengan fungsi tujuh chakra utama yang mempengaruhi peranan dan fungsi kelenjar serta organ tubuh, juga mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.


Aura adalah kelebihan manusia yang Allah ciptakan. Ilmu ini bukan sangkaan atau permainan akal fikiran semata-mata seperti yang dituduh oleh segelintir masyarakat. Ilmu aura ini telah dikaji dengan kajian saintifik bukan dongeng semata-mata. Banyak kajian telah dilakukan. Ianya adalah gabungan ilmu sains perubatan timur dan barat. Apabila ianya telah dikaji mengikut sains, maka sudah pastinya kajian tersebut berdasarkan bukti, realiti, dan bukan sekadar teori atau sangkaan kosong sahaja





BAGAIMANAKAH AURA TERBENTUK
Setiap sesuatu yang wujud di alam ini samada batuan, manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain, adalah terhasil dari kesatuan berbilion-bilion sel atau atom yang membentuk menjadi sesuatu objek.
Atom terdiri dari elektron-elektron negatif, dan proton-proton positif, Proton dan elektron ini adalah getaran letrik dan megnet. Proton bergerak mengelilingi inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak digelar sebagai ruang medan tenaga . Medan  tenaga ini memancarkan cahaya atau lebih dikenali sebagai aura.

untuk keterangan lanjut sila layari link ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...